Thursday, 26 May 2011

Fakta-fakta menarik dunia 2..!!

Hai assalamualaikum…=)

Nak share lagi..j0m baca…(^_^)

pic ni takde kaitan pun ngn fakta kat bawah hehe
  • Otak manusia mempuyai lebih kurang 100 bilion sel saraf
  • Saraf berdenyut dari dan ke otak selaju 274km sejam.
  • Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin
  •  Interaksi 72 pelbagai otot diperlukan untuk manusia menghasilkan suara
  • Secara purata, kelajuan batuk yg keluar dari mulut anda ialah 96 km sejam
  • Bergantung pada saiz, otot paling kuat di tubuh manusia ialah lidah.
  • Apabila anda bersin, seluruh fungsi badan anda berhenti termasuk jantung.
  • Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun
  • Secara purata, orang yang mempunyai tangan kidal hidup 9 tahun lebih pendek.
  • Kanak-kanak membesar lebih cepat di musim panas.
  • Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu
  • Orang yang berambut perang punyai lebih banyak rambut dari yang berambut hitam
  • Jika anda buta sebelah mata, anda hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi anda akan hilang langsung deria menjarak.
  • Hidung dan telinga akan terus membesar sehingga anda mati
  • Purata setiap kulit kepala ada 100,000 helai rambut. (Kecuali orang botak lerr haha)
  • Purata setiap tahun manusia mengelipkan mata sebanyak 6,205,000
  • Jika diukur panjang bulu mata yang gugur sepanjang hidup seseorang manusia ialah 30 meter.
  • Tengkorak anda terdiri 29 jenis tulang.
  • Orang Mesir purba mencukur bulu kening mereka untuk berkabung di atas kematian kucing mereka.
  • Setelah anda mati, tubuh anda akan mula mengecut dan ini mencipta satu ilusi seolah-olah rambut dan kuku terus panjang.
  • Rambut dan kuku adalah dari satu bahan yang sama
  • Seorang manusia boleh menyedut sehingga 4 liter udara, tetapi hanya 5% saja yang digunakan.
  • Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.
  • 15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat.
  • Buah pinggang menghasilkan insulin
  • 80 peratus tubuh manusia adalah air
  • Jantung manusia membuat tekanan yang cukup untuk mengepam darah sehingga 30 kaki.
  • Anda dilahirkan dengan 300 tulang. Apabila anda dewasa, anda cuma ada 206 tulang.
  • Tulang peha manusia lebih kuat dari batu konkrit.
  • Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.
  • Secara purata, setiap jantung manusia mengepam sebanyak 3000 kali sepanjang hayatnya dan mengepam 48 juta galen darah.
  • Dalam sehari, manusia akan bernafas sebanyak 23,040 kali.
  • Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.
note: selamat membaca..=) sumber:halaqah

Tuesday, 24 May 2011

Pulut durian..!!!

hai assalamualaikum semua...=)

okey, tak ada cerita pasal LD yang membosankan hehe. nak tanya korang~korang semua, penah makan pulut durian x? 

jom kita makan pulut durian....yeaayyy..!!



first: santan



second: gula


bahan penting: durian..!!! yummmy


campur kesemua bahan-bahan tadi,jeng~jeng pulut durian,ready tuk dimakan...=)



simple kan, ada sesetengah tu, akan masak durian dgn santan, so terpulang atas korang la nak makan cam mana kan...
SELAMAT MENJAMU SELERA..(^_^) 


note: digalakkan makan dengan amaun yang sedikit untuk mengelakkan rase muak..=)

Wednesday, 18 May 2011

Fakta-fakta menarik dunia..!!

Hai assalamualaikum..:) 

Okey kali ni LD nak kongsi info dengan kawan-kawan semua, tak ada cerita pasal LD yang bosan ni haha..nie saja suka-suki nak share heee..

Alam kehidupan kita kat dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, so kat sini nak sharela apa yang menarik pasal dunia kita ni..=)
  • Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).
  • Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
  • Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
  • Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
  • Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  • Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
  •  Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina , ia merupakan senjata merbahaya.
  • Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.
  • Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
  • Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
  • Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
  • Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  • Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  • Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
  •  Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
  • Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
  • Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus.
  • Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
  •  Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

Saturday, 7 May 2011

makanan kampung..=)

Hai assalamualaikum semua..=)

Yeaaayy!! Sekarang LD dah kat kampung tercinta (mood: bahagia haha) Seronok sangat dapat jumpa family, adik-adik yang nakal. fuhh penat nak melayan kerenah 5 adik laki ni…
0key, sesampainya LD kat kampung, petang tu ada la majlis kenduri kat umah bapa saudara LD (ayah chik) untuk menyambut kedatangan menantunye ke rumah dorang (maksudnye bini spupu LD la hee) majlis tu sedarhana je, tak de la besar-besaran tapi meriah..:)

Waktu petang tu,semua yang datang dah balik, kiteorang yang family rapat-rapat ni ofcosla belum balik lagi kan tuk mengemas, petang tu ‘mok’ a.k.a the only grandmother I have hidangla satu makanan kampung ni, LD rasa kalau orang-orang kat Kelantan tahu la pasal makanan ni, orang-orang yang selain Kelantan tu LD tak tau la plak kan. Sebab tu nak share, nak tau ape dia,jeng jeng jeng…..ini la dia…

jering rebus..=)


dimakan bersama dengan kelapa parut...nyum,nyum..=)

Ini adala dia jering rebus, mesti ada sesetengah daripada korang tak penah makan kan, kalau makan jering ni ofcosla mulut berbau kan, LD makan sikit je tapi sedap jering rebus ni, ia dimakan bersama nyior parut yang ditambah gula,sedap sehingga menjilat jari hee, so sape-sape yang nak datang Kelantan tu boleh la mencuba. Tapi rasanye nak makan jering rebus ni,ada musim kot, LD tak tau la plak bila musimnya hee sori. Nak rebus jering ni pun agak susah, LD ada interview Mok LD tapi agak rumit nak bercerita resipinya hehe. SELAMAT MENCUBA.!!!


PS: Lepas makan terus gosok gigi ye, dan pesanan dari orang-orang tua, sila makan beras untuk mengelakkan mulut berbau,peace..!! (^_^)v

Thursday, 5 May 2011

selamat bercuti, selamat berpraktikal dan selamat tinggal 505..!!!

Hai,assalamualaikum semua….(^_^)v

First skali, yeaayyyyyy (menjerit ye semua)!!!!(mood: excited) dah abis exam for this sem,part 7 yg best.best ke?? mestila best,ngan dak2 kelas yang best semuanye haha kepada yang belum abis exam lagi,LD ucapkan SELAMAT BERJAYA…!!!!  Esok LD dah nak balik kampung,yeaaayy..dah lama tak balik kampung, almaklumla kampung LD kan jauh sob3~ susah nak balik; nak balik tu tiketnye mahal dan 8jam jugakla perjalanan dalam bas tu,fuhh penat tp kadang2 tu demi rindu yg menggunung didada kat family, balik gak hee…sape tak rindu ngn family kn kn…:)

Tapi cuti ni,LD cuti kejap je kejap ke??  LD kene praktikal for 2 month kat JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran for those yg xtau hee) dorang je yg terima LD,sdihnyeee..:( (pdhal xmintak pun kt tempat lain haha). Agak2 keje ape yg kene wat time praktikal tu ek, lagi2 under government ni.emm curious…and nak ingatkan jugak,bila LD dah balik kampung ni, kurangla aktiviti LD nk berblogging ni huhu sedih dan rindu sebab kat rumah takde internet,bukan tak nak pasang,and bukan tak mampu tapi adik-adik LD semua nye duk bersekolah lagi,kang nanti dorang lalai hee *pdhal LD yg lalai nanti haha..
ps: jangan rindu yeeee  hee (ada ke orang nak rindu,koya.....)

For entry kali ni jugak, LD nak ucapkan selamat tinggal kat umah 505 (m0od: sedih), macam seram je kan, sebut umah 505 ni haha umah ni tak berhantu pun, don’t worry penghuni seterusnye hee..:) sebenarnya, kiteorang semua mau pindah ke rumah baru,yeaayyyy….!! Umah baru tu tak tau lg kat mana sebenarnya haha saje je nak kecoh-kecohkan hee..sebab utama sebenarnye kiteorang tak mampu nak bayar sewa rumah tu untuk 4bulan hehe kantoi, kan cuti sem dah jadi 4bulan huhu (nasibla praktikal 2 bulan but the remaining 2 months what shall I do,emm…actually,mak LD dah offer keje dah tapi kene pikir dulula sebab kene tengok kerajinan dan kemalasan LD haha,nak tau keje ape?? Tunggu haha :P..) 

eh,back to the topic, banyak kenangan kat umah ni, kemain susah nak cari last2 dapatla flat 34, 505 yang tak seberapa ni hee, kat umah ni la LD baru kenal rapat ngan dorang2 ni expecially ema yang hot, jaa yang vogue, zecko yang cun haha and others yaa, epa and ina, u olls rocks!!!..:)
selamat tinggal 505!!!!

odw nak g main bowling hee,sori guys gambar lame hee..:)

lepas final,apa lagi..enjoy..!!!

genting..!!! hee

note: kalau boring,jangan baca sampai abis hee..~